Dalam ruangan ini, ana selitkan sedikit frasa-frasa dalam bahasa Sarawak yang mungkin berguna ketika antum handle program nanti. Lagipun, bila tengok antum boleh bercakap dalam bahasa Sarawak, mesti hati adik2 lebih terikat pada antum! =)
*Ana akan tambah dari masa ke semasa
Apa khabar kamu semua / kamu hari ni?
Apa khabar kitak orang / kitak hari tok?
Nama saya Azri. Nama awak ape?
Nama kamek Azri. Apa nama kitak?
Awak nak ke mana tu?
Kitak mok pegi siney ya?
Awak nak makan ape?
Kitak mok makan apa?
Sedapnya mee kolok ni!
Nyaman eh/nya mee kolok tok!
Lepas ni, adik2 boleh balik bilik, berehat2 dulu. Datang semula ke dewan ni jam 2 nanti.
Lepas tok, adik2 boleh balit bilit, rilek2 dolok. Datang balit ke dewan tok, pukol duak kelak.
Lepas ni nak buat ape pulak?
Lepas tok mok polah apa gik? / Apa gik mok dipolah lepas tok?
Ok, awak pergi situ (jarak yang tak jauh sangat), awak pulak ke sana (jarak yang jauh). (sambil menunjuk la tempat tu)
Ok, kitak pergi sia, kitak (addressing to the other adik) pergi sinun.
Letak bende tu kat situ/sana.
Engkah benda ya kat sia/sinun.
Lepas tu?
Kak ya?
No comments:
Post a Comment